Thursday, 14 February 2013

Hujan Hujan Dan Terus Hujan

hrmmmmm :( asyik hujan je kan . hujan tu kan rahmat . kita kena terima , daripada tak hujan langsung . parah jadinya . Sekarang ni memang musim hujan , setiap malam hujan . takut pulak rasa hati kot kot banjir melanda . mintak-mintak tak ada kan . Susah kalau banjir kat kampung . tak keluar rumah langsung laa penduduk jadinya . Macam tahun lepas , kebanyakan jalan ditutup kerana , kenderaan tidak dapat melaluinya , tahun lepas dilanda banjir yang teruk , sehinggakan kakak saya sendiri pun tak dapat nak balik ke Bandaraya Kuching , kerana jalan kat kampung ditutp , kerana air sangat tinggi sehinggakan mencecah paras paha . Tinggi kan , orang nak kahwin pun terbengkalai jadinya . Nasiblah dah akad nikah masa tu , kalau tak , tak jadi kahwin laa alamatnya , hehheheh . Tu jiran sebelah rumah aku . hehehehe . tak baik cakap orang , nanti kena diri sendiri baru tahu . heheheeh ^___^ . Harap-harap hujan tidak turun lebatnya . Nanti tak dapat laa saya nak balik kampus . hehehe

Tuesday, 12 February 2013

Assignment ohh Assignment

Malas nye rasanya nak buat assignment . bagi aku , kalau cuti belum nak habiz lagi , memang tak buka la buku dan nota aku tu . punya malas , alahaii , malas giler . asyik nak tido jer , cuti ni aku habiskan dengan tido jer , buat assignment malas . lepas cuti ni banyak lagi ujian , tapi 1 subjek pun aku belum buat ulang kaji lagi . fuhhh , pemalas betul aku ni . kutuk diri sendiri laaa pulak . hehehehehe . btw , nantila aku buat semua tu , cuti lama lagi . muahahahahha ^____^

Boring Boring

Masa cuti tahun baru cina ni , boringg laa sesangat . dudok rumah jer , bukan nya ada pegi mana-mana pun . alahaiii , nasib badan lah . selalunya , kalau cuti lama macam ni , kita pergi holiday jugak , contohnya pergi Kabong ke , jenguk orang kat sana . hehehe ^__^
alahaii , boring la hari ni , hari pun macam nak hujan jer , nak pergi jalan-jalan pun susah . hrmmm . hari-hari duduk rumah , bosan jugak . asyik menghadap laptop jer 24 jam . suruh masak , malas . anak dara apa la ni . muahahaahaa . ^___^
alamatnya , tengok tv jer la kat rumah , hehehe . jangan sia-siakan masa ketika berada dirumah ok , dekat hostel tak ada tv tau . hehehehe

Monday, 11 February 2013

Koleksi Kasut Tumit Tinggi

Seperti yang kita tahu , pada masa kini , ramai yang meminati kasut tumit tinggi . tak sah kalau tak tinggi kan .  Sampaikan mencecah 5 inci tuhh , wow ! ! hehehe . nahhh , ni dia koleksi kasut tumit tinggi yang cantik serta unik ! ^____^






















Ini lah dia koleksi kasut tumit tinggi yang cantik dan unik . hehehehe ^___^






Sunday, 10 February 2013

Petang yang Memboringkan

Di Hujung minggu yang sangat memboringkan . Boring sangat-sangat lah . tak tahu nak buat pa . sebab tu la tido . hahahaha . tak de lah . kalau tido , macam mana nak update blog . kan ?kan ?kan ? hehehe . asyik nak edit blog jer , sampai bila nak habiz . alaaaaaaaaa . sudah-sudah la tu . cantik dah tu . kalau tak cantik pun , nasib badan lah kan ? huahuahuaaaaaaaaaaa . hehehe . hujung minggu ni makan tido makan tido jer keja saya , tak buat pa pun . nak pergi jalan-jalan pun malas . almaklumlah , hari panas katakan , kita ni perempuan kena la jaga kulit sikit . hehehehehe . yeke ?yeke ?hahahahaha . cukup la tu . sampai sini jer lah erk . nanti kita sambung lagi . heheheeheh . daaa daaa . ^____^

Saturday, 9 February 2013

hehehehe !

fuhhhh ! kenyang selepas makan . hehehehe . sampai kat dada pulak rasa kekenyangan tu . rasa susah pulak nak tarik nafas . hehehehe . tu la makan terlampau kenyang . kita ni sebagai manusia , perlu la hidup dalam kesederhanaan . jangan tamak sangat . kena makan ikut  peraturan makan macam mana . jangan makan sampaikan kenyang sangat . tak boleh tau . haaaaaaaaaa . hehehe .

Sahabat Ku

Tenang bila bersamamu , bahagia bila disampingmu , terukir senyuman setiap masa bila berada dekatmu . Kaulah sahabatku . . Sahabat susah senang bila bersama , saling mengisi kekosongan diri , saling menghormati antara satu sama lain . Kau Lah Sahabatku . hehehehehe .

Tak pandai sangat nak bermadah ni , cakap jer apa yang ada kat fikiran . hahahhhaha . 

Bersama Mizah dari kiri , diikuti ceki , saya sendiri , kak pijah dan Are-Zu .

Nampak tak ketinggian saya disana . hahahaha ^__^


Bersama Nurul dan Limah


Bersama Nurul , Limah , Ct dan Saya ! hehehe


With Are-Zu . hehehehe

 ceki ! ! hehehehe 


Limah ! ! 


CT . huahuahuaa :)


Senyummu adalah senyum kita . Kebersamaan yang kita lalui terasa hanya sekejap , namun persahabatan ini bererti selamanya . . . 
 Sahabatku . . . .









Tuesday, 5 February 2013

My Idol

Jung Yong Hwa adalah vokalis kumpulan CN Blue , dari Korea Selatan . Yong Hwa pernah membintangi filem antaranya Heartstring bergandingan dengan Park Shin Hye , He's Beautiful dan banyak lagi . Saya amat menyukai karakter yang dimiliki oleh Yong Hwa , kerana dia memiliki karakter yang slumber jer , hahaahahah .
 
koleksi gambar Yong Hwa . . .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dalam Drama Heartstring bergandingan dengan Park Shin Hye
 
 
 
 
 
Tu jer . . . . . :D

Saturday, 19 January 2013

Insan Bernama Sahabat

Angin Bayu Berlalu pergi .
Aku disini terus menanti .
Perginya angin tanpa tujuan .
Bagai dedaunan yang ditampar lembut .
Terus mencari teman untuk Mengadu . . . .
Aku bukannya seorang yang hebat .
Seperti tsunami yang menggegar bandar Acheh , aku juga bukan teguh seperti masjid Al-aqsa yang hingga kini terus angin di tawan .
Aku lagi bukan gagah bagai taufan katrina yang menumpaskan benteng kekuatan Bush .
Kerana . . . . . . . .
Aku seorang yang lemah .
masih memelukan teman .
Seperti Adam yang memerlukan hawa .
Muhammad yang mendambakan Khadijah .
Ali yang merungkai kasih Fatimah .
Aku juga seperti mereka . . . .
perlukan seorang insan bernama sahabat .
Sahabat . . . .
hatiku gundah di saat kau tiada .
hatiku merana di saat kau merintih .
hatiku riang bukan kepalang di saat kau ketawa .
Sahabat . . . .
kau sabar melayani kerenahku .
mendengar luahan hatiku , itu dan ini .
kau tidak mengeluh , malah . . . . . .
kau tertawa , gembira di hadapanku .
Semata-mata nilai persahabatan yang indah , bagai Abu Bakar dan Muhammad .
Sahabat . . . . .
di saat ku bertanya padamu .
apa itu persahabatan ? ?
tiada jawapan terbit dibibirmu . . .
yang sering di basahi dengan khallimah ALLAH .
Au hairan , insan yang selama ini sering mengajarku erti sahabat , kini . . . . . .
kehilangan kata-kata untuk mentafsirkan persoalan yang merancau fikiranku . . . . .
Termenung , terpaku , terpegun , terkesima , mahupun tergamam . . . .
akhirnya , persoalanku terjawab . . . .
Sahabat . . . . .
matamu menunjukkan keikhlasanmu .
menghulurkan kasih .
kerdipan matamu merungkai persoalan di hatiku .
senyumanmu menggambarkan ketulusan jiwa sahabat yang engkau lakarkan buatku .
pelukan kasihmu yang erat itulah yang mentafsirkan , 1001 erti persahabatan yang paling bermakna   . . . .
Sahabat . . .

kau ku sayangi .